Hari Assyuuraa’ ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan hari itu
pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa ,
dan pada hari tenggelamnya Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa
a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat;
engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa’. Dinamakan Assyuuraa’ kerana ia
jatuh pada sepuluh bulan Muharram.
Ada lagi beberapa pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa’ karena Allah
telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;
1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa’ dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
8. Allah menenggelamkan Fir’aun
9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa’ . Sebahagian lain berpendapat,
dinamakan hari Assyuuraa’ karena kesepuluh dari kemulian-kemulian yang
diberikan Allah pada umat ini.
Pada bulan ini juga tepatnya, tanggal 10 Muharram Allah menyelamatkan
nabi Musa as dan Bani Israil dari kejaran Firaun. Mereka memuliakannya
dengan berpuasa. Kemudian Rasulullah SAW menetapkan puasa pada tanggal
10 Muharram sebagai kesyukuran atas pertolongan Allah SWT.
Source:http://abufarhan88.wordpress.com/2011/12/04/tabir-rahasia-10-muharam-hari-assyyuro/
0 komentar:
Posting Komentar